Tuesday, February 16, 2010

Bukan Kembara Biasa Part II(Kursus Haji)

Salam semua.
Ok, kita sambung penceritaan tentang kembara menuju Allah ni yer.Aku dan wife mengikuti kursus2 haji bersiri yang dianjurkan di masjid berdekatan rumah kami setiap ahad.Masa ni Uwais yg masih kecik dibawak sama.Selalunya kami akan make sure dia ngantuk supaya senang dia tidur je ms kuliah, kalau tak jenuh jugak nak malayan karenahnya.Mana nak tumpu ceramah, melayan dia lagi ye tak.

Alhamdulillah, pendekatan ustaz dalam kursus pun sgt baik dan ustaz muda tu byk memberi pendekatan yg menyedarkan kita bahawa pergi haji bukan sekadar mahukan title haji tapi jauh dari itu untuk mendapat keredhaan Allah.Satu yg sgt aku kagumi masa kursus ni adalah majoriti yg datang ikut kursus haji ni bukan dapat pergi tahun 2009 pun, ada yg turn lagi 3-4 tahun, yg belum daftar pun ada.Mereka ni ikuti kursus untuk dapatkan ilmu.Rasa malu pulak sbb kalaulah bukan kerana dpt tahu giliran kami tahun 2009, rasanya mmg tak pegila ikut kursus haji ni.

Ok, kursus tetiap minggu tu adalah kursus bersiri tapi bukan direct bawah Tbg Haji.Tbg Haji akan laksanakan dua kursus mega sblm jemaah berangkat iaitu
1) Kursus Haji Intensif
Kursus 2 hari ni akan membolehkan semua jemaah mengulangkaji semua yg dipelajari masa kursus mingguan.Masa ni, mmg jemaah yg confirm akan pergi tahun 2009 je akan dipanggil.Kami berkursus di Msjd Negara.Ada jugak simulasi tawaf, saie dan wukuf siap kena pakai ihram lagi.Ruh tu dah rasa masa kursus ni.

2) Kursus Haji Perdana
Kursus ni pun 2 hari.Masa kursus ni mmg sungguh terasa mcm dah berada di tanah suci.Kami berkursus di Msjd Sultan Salahudin Shah Alam.Dari mula daftar, tgk jumlah jemaah mmg ramai sungguh, tambah plak bila semua diminta pakai ihram.Dgn berebut bilik air, makan beratur mmg dugaan tanah suci dah mula dirasa kat sini.Feel lebih masa kursus ni sbb simulasi ibadah dibuat se"real" yg mungkin.Masa tawaf, mmg kena pusing satu dataran kat msjd yg mmg luas.Then habis tu, untuk saie dah disediakan lorong dgn jarak yg hampir sama dgn mas'a di Mekah siap dgn lampu hijau untuk tanda disunatkan berlari2 anak masa saie.Kemudian, untuk simulasi wukuf dan melontar dibuat malam hari untuk amik mood mcm kat sana nnt.Mmg penat.Aku dan wife ngelat, tawaf dgn saie tu kami tak sudahkan pun 7 pusingan sbb penat.Siap rasa nak demam2 lagi.Masa ni aku dah cuak sbb terfikir kalau kat sini dah tak tahan, mcm mana untuk melaksanakan ibadah sebenar nnt..serius takut.

Bila dah selesai dua2 kursus ni, mmg dok tunggu surat tarikh keberangkatan jelah.Akhirnya masa yg ditunggu pun tiba.Dpt surat mengatakan akan berangkat pada 26 Oktober 2009.Kt 23 dan perlu mendaftar di Kelana Jaya jam 9.00 mlm.Perasaan bercampur baur masa ni tambahan mengenangkan anakanda kesayangan yg bakal ditinggalkan.

Ok, kita berenti kat sini.Next entry aku akan bercerita tentang persediaan2 yg dibuat sebelum berangkat ke tanah suci (mrasalah bila nak sampai ni kan..hahahah).Ok, jumpa lagi

No comments:

Post a Comment