Wednesday, February 10, 2010

Bukan Kembara Biasa Part I

Dah 2 bulan pun aku dan isteri pulang dari tanah suci mengerjakan ibadah haji.Sebenarnya hasrat untuk mencoretkan pengalaman kat sana yg byk mendorong aku menekuni dunia blogger ni(wah..blogger katanya).Actually terlalu byk yg manis dan pengalaman kat sana adalah sesuatu yg tak ternilai dan aku tak tahu bagaimana cara terbaik untuk aku gambarkan kesyukuran kepada-Nya kerana diberi peluang ke sana dalam usia muda(mudakah?).

Sebenarnya bondaku yg mendaftarkan namaku pada tahun 2000.Masa tu lepas arwah abon(panggilan untuk ayahandaku) meninggal, kami decide nak pegi buat haji sama2.Tahun demi tahun kami tak penah follow up betul2 pun psl giliran sampai aku sendiri lupa yg aku dh daftar.Ummi pun tak kisah sgt sbb dia dah pergi tahun 1993.Lepas dah kawen aku dan wife mmg ada plan utk menunaikan haji dlm usia muda.Masa dok plan2 tahun 2008 tu kami dah kata yg sblm 30 mustahil sbb daftar pun lum(aku lupa yg aku dh daftar..bley?).Bila Kak Zah kat opis lama balik Mekah, aku sonok sgt berkongsi cerita dgn dia.Dia galakkan aku pegi awal masa muda then aku cakap kalaulah rezeki tahun depan bagusnya.Masa tu mmg tak tergambar langsung 2009 akan menjadi tahun yg membawa aku ke sana.

Last year dalam bulan Mac aku ke Tbg Haji nak update buku.Then terus je ke kaunter haji daftarkan nama, mula2 daftarkan nama wife aku, mrasa turn dia tahun 2025.Then aku pun suh tlg cek status aku.Dgn yakin tak yakin aku ckp "leh tak semak status saya, rasanya mak saya ada daftarkan nama saya pegi haji, saya pun dah lupa".Petugas TH yg sgt effisien dan mesra berstatus mak buyung tu pun terus semak dan tak sampai seminit dia bgtau "Encik punya giliran tahun ni, tunggu surat je, kalau nak bawak wife, buat je surat rayuan ikut mahram".

Aku terus terpaku dan terdiam beberapa ketika seakan tak percaya dgn kata2 staf tu.Apa benar dlm bbrp bulan akan dtg aku bakal menjadi tetamu-Nya?Bila aku kongsikan berita ni dgn wife pun dia sgt terkejut dan tak sangka.So, kami pun terus survey msjd2 yg ada wat kursus haji bersiri utk kami join.Kebetulan dekat2 umah kami tu ada msjd yg buat kursus haji ni, so mudahla nak join.

Nak dijadikan cerita jugak, bondaku yg kini telah bersuami jugak mendapat surat tawaran ke sana tahun yg sama(2009) dan kebetulan jugak ayah tiriku pun dpt pegi tahun sama..Maha Suci Allah yg memudahkan semuanya.Tapi kami dari awal lagi tak terlalu beria2 nak pergi bersama2 kerana nasihat Ummi sendiri, kalau tak pegi sama pun kami boleh jumpa kat sana.So, kebetulan satu minggu tu kami balik Taiping(kampung gue) dan ada kursus haji, so aku dan wife pun join.Masuk kursus yg pertama lagi dah rasa cam seram sejuk sbb terasa diri amat kerdil dan tak yaka menjadi tetamu-Nya

Ok, tanak panjang2 sgt untuk satu entry.Next entry aku akan crita pasal pengalaman mengikuti kursus2 haji bersiri ni.Semoga ada yg baik dari artikel ni untuk renungan bersama

No comments:

Post a Comment