Salam semua.
Ok, kita sambung penceritaan tentang kembara menuju Allah ni yer.Aku dan wife mengikuti kursus2 haji bersiri yang dianjurkan di masjid berdekatan rumah kami setiap ahad.Masa ni Uwais yg masih kecik dibawak sama.Selalunya kami akan make sure dia ngantuk supaya senang dia tidur je ms kuliah, kalau tak jenuh jugak nak malayan karenahnya.Mana nak tumpu ceramah, melayan dia lagi ye tak.
Alhamdulillah, pendekatan ustaz dalam kursus pun sgt baik dan ustaz muda tu byk memberi pendekatan yg menyedarkan kita bahawa pergi haji bukan sekadar mahukan title haji tapi jauh dari itu untuk mendapat keredhaan Allah.Satu yg sgt aku kagumi masa kursus ni adalah majoriti yg datang ikut kursus haji ni bukan dapat pergi tahun 2009 pun, ada yg turn lagi 3-4 tahun, yg belum daftar pun ada.Mereka ni ikuti kursus untuk dapatkan ilmu.Rasa malu pulak sbb kalaulah bukan kerana dpt tahu giliran kami tahun 2009, rasanya mmg tak pegila ikut kursus haji ni.
Ok, kursus tetiap minggu tu adalah kursus bersiri tapi bukan direct bawah Tbg Haji.Tbg Haji akan laksanakan dua kursus mega sblm jemaah berangkat iaitu
1) Kursus Haji Intensif
Kursus 2 hari ni akan membolehkan semua jemaah mengulangkaji semua yg dipelajari masa kursus mingguan.Masa ni, mmg jemaah yg confirm akan pergi tahun 2009 je akan dipanggil.Kami berkursus di Msjd Negara.Ada jugak simulasi tawaf, saie dan wukuf siap kena pakai ihram lagi.Ruh tu dah rasa masa kursus ni.
2) Kursus Haji Perdana
Kursus ni pun 2 hari.Masa kursus ni mmg sungguh terasa mcm dah berada di tanah suci.Kami berkursus di Msjd Sultan Salahudin Shah Alam.Dari mula daftar, tgk jumlah jemaah mmg ramai sungguh, tambah plak bila semua diminta pakai ihram.Dgn berebut bilik air, makan beratur mmg dugaan tanah suci dah mula dirasa kat sini.Feel lebih masa kursus ni sbb simulasi ibadah dibuat se"real" yg mungkin.Masa tawaf, mmg kena pusing satu dataran kat msjd yg mmg luas.Then habis tu, untuk saie dah disediakan lorong dgn jarak yg hampir sama dgn mas'a di Mekah siap dgn lampu hijau untuk tanda disunatkan berlari2 anak masa saie.Kemudian, untuk simulasi wukuf dan melontar dibuat malam hari untuk amik mood mcm kat sana nnt.Mmg penat.Aku dan wife ngelat, tawaf dgn saie tu kami tak sudahkan pun 7 pusingan sbb penat.Siap rasa nak demam2 lagi.Masa ni aku dah cuak sbb terfikir kalau kat sini dah tak tahan, mcm mana untuk melaksanakan ibadah sebenar nnt..serius takut.
Bila dah selesai dua2 kursus ni, mmg dok tunggu surat tarikh keberangkatan jelah.Akhirnya masa yg ditunggu pun tiba.Dpt surat mengatakan akan berangkat pada 26 Oktober 2009.Kt 23 dan perlu mendaftar di Kelana Jaya jam 9.00 mlm.Perasaan bercampur baur masa ni tambahan mengenangkan anakanda kesayangan yg bakal ditinggalkan.
Ok, kita berenti kat sini.Next entry aku akan bercerita tentang persediaan2 yg dibuat sebelum berangkat ke tanah suci (mrasalah bila nak sampai ni kan..hahahah).Ok, jumpa lagi
Tuesday, February 16, 2010
Wednesday, February 10, 2010
Bukan Kembara Biasa Part I
Dah 2 bulan pun aku dan isteri pulang dari tanah suci mengerjakan ibadah haji.Sebenarnya hasrat untuk mencoretkan pengalaman kat sana yg byk mendorong aku menekuni dunia blogger ni(wah..blogger katanya).Actually terlalu byk yg manis dan pengalaman kat sana adalah sesuatu yg tak ternilai dan aku tak tahu bagaimana cara terbaik untuk aku gambarkan kesyukuran kepada-Nya kerana diberi peluang ke sana dalam usia muda(mudakah?).
Sebenarnya bondaku yg mendaftarkan namaku pada tahun 2000.Masa tu lepas arwah abon(panggilan untuk ayahandaku) meninggal, kami decide nak pegi buat haji sama2.Tahun demi tahun kami tak penah follow up betul2 pun psl giliran sampai aku sendiri lupa yg aku dh daftar.Ummi pun tak kisah sgt sbb dia dah pergi tahun 1993.Lepas dah kawen aku dan wife mmg ada plan utk menunaikan haji dlm usia muda.Masa dok plan2 tahun 2008 tu kami dah kata yg sblm 30 mustahil sbb daftar pun lum(aku lupa yg aku dh daftar..bley?).Bila Kak Zah kat opis lama balik Mekah, aku sonok sgt berkongsi cerita dgn dia.Dia galakkan aku pegi awal masa muda then aku cakap kalaulah rezeki tahun depan bagusnya.Masa tu mmg tak tergambar langsung 2009 akan menjadi tahun yg membawa aku ke sana.
Last year dalam bulan Mac aku ke Tbg Haji nak update buku.Then terus je ke kaunter haji daftarkan nama, mula2 daftarkan nama wife aku, mrasa turn dia tahun 2025.Then aku pun suh tlg cek status aku.Dgn yakin tak yakin aku ckp "leh tak semak status saya, rasanya mak saya ada daftarkan nama saya pegi haji, saya pun dah lupa".Petugas TH yg sgt effisien dan mesra berstatus mak buyung tu pun terus semak dan tak sampai seminit dia bgtau "Encik punya giliran tahun ni, tunggu surat je, kalau nak bawak wife, buat je surat rayuan ikut mahram".
Aku terus terpaku dan terdiam beberapa ketika seakan tak percaya dgn kata2 staf tu.Apa benar dlm bbrp bulan akan dtg aku bakal menjadi tetamu-Nya?Bila aku kongsikan berita ni dgn wife pun dia sgt terkejut dan tak sangka.So, kami pun terus survey msjd2 yg ada wat kursus haji bersiri utk kami join.Kebetulan dekat2 umah kami tu ada msjd yg buat kursus haji ni, so mudahla nak join.
Nak dijadikan cerita jugak, bondaku yg kini telah bersuami jugak mendapat surat tawaran ke sana tahun yg sama(2009) dan kebetulan jugak ayah tiriku pun dpt pegi tahun sama..Maha Suci Allah yg memudahkan semuanya.Tapi kami dari awal lagi tak terlalu beria2 nak pergi bersama2 kerana nasihat Ummi sendiri, kalau tak pegi sama pun kami boleh jumpa kat sana.So, kebetulan satu minggu tu kami balik Taiping(kampung gue) dan ada kursus haji, so aku dan wife pun join.Masuk kursus yg pertama lagi dah rasa cam seram sejuk sbb terasa diri amat kerdil dan tak yaka menjadi tetamu-Nya
Ok, tanak panjang2 sgt untuk satu entry.Next entry aku akan crita pasal pengalaman mengikuti kursus2 haji bersiri ni.Semoga ada yg baik dari artikel ni untuk renungan bersama

Better late than never
Salam kepada semua yg sudi menjengah blog ni.Dengan usia sekarang dan perkembangan teknologi yg pesat, sepatutnya blog sendiri ni dah lama org buat, aku je yg baru nak buat hahahaha.Takpelah better late than never bak kata pepatah ye tak.
Hopefully dgn blog ni aku bley bercerita apa saja yg aku nak.Aku mmg manusia yg kompleks.There's a various side of me sampai ada sorang kawan aku cakap aku ni ada masalah "multiple personality disorder ". So, penulisan aku di blog ni ikut mood la.Minat aku byk..politik, ekonomi, isu-isu agama,filem,muzik etc.So, pembaca jgnla mengharap terlalu tinggi pada aku untuk menulis benda2 yg baik sahaja.Harapnya jugak, dgn adanya blog ni bakat penulisan yg masih bersisa dalam diri aku tak berkubur begitu saja.
Ok semua, nantikan entry aku pasni ya.
Subscribe to:
Posts (Atom)